Friday, August 31, 2007

Happy 50th Malaysia...Merdeka itu Bebas!

Although grateful to our forefathers who obtained our country's independence through negotiations & without bloodshed, one really wonders whether there really was no bloodshed... or history intentionally wiped off the forgotten heroes.. I suppose our leaders have done somewhat good since then. I am grateful for the opportunity to have been given a good education throughout my adolescent & adult life. A land which seems not to discriminate genders. Women are equally successful as men. And I might add, equally paid too! No doubt, environment plays a part in moulding a person into what they are. I salute the mothers of war stricken places, the mothers of palestinians - my prayers go to them who have experienced tremendous lost in their quest for independence and freedom!
Dibawah adalah sebuah nukilan Professor Muhammad Salleh...untuk di rasai bersama...
merdeka itu bebas
bebas
berdiri bersama pohon purba hutan
menengadah ke langit
mendengar bunyi nyanyian awan
dan ayun dahan
menghirup wajah hijau cakerawala
dan wangi nafasnya.

bebas berbaring
merenung sudur belantara berkembang
dan bunga bersemi selepas hujan

bebas memanjat gunung pagi
dan mengikut renang ikan diulu
dan menyauk matahari dimuka air.

merdeka itu bebas
bebas berjejak pada pasir dan tanah
leluhur
bebas berenang bersama penghuni karang
dan menghormati keindahannya

bebas bangun dengan ciap purba
serta bau padi dan ubi di paya.

merdeka itu bebas
bebas kembali ke teduh kampung
atau terbang ke sempadan bangsa-bangsa.

bebas berfikir dan bebas merasa
bebas membesar dari kata
dan bebas dari bendung kuku
dan dompet peniaga dan banknya

bebas menyanyi lagu sendiri
menarik nasib di baris dondang sayang
dan lebur dalam irama cair sayirnya
bebas menyusun kata -
yang tumbuh dari tanahair maruah

merdeka itu bebas
bebas untuk bangga bahasa ibunda
dalam lidah terpelat atau bunyi terasmi.

merdeka itu bebas

bebas dari kemiskinan
dan dari kekayaan yang dicuri dari
hutan dan manusia tidak berdaya

merdeka itu bebas
berkata dengan hujah sendiri,
dan menyata pertimbangan yang dikumpul pada diri,
meletus dengan gagasan yang
datang dari gelegak hati.

merdeka itu bebas
bebas untuk bekerja
menyempurna wujud
diri dan tanahair

merdeka itu bebas
bebas berkayuh di sungai jernih
menambak tanjung
dan membersih pantai
mengilir di sungai sejarah
hingga ke muara dan samudera.

merdeka itu
bebas membina rumah maruah
melukis jiwa tercerah
dengan warna sendiri

bebas itu merdeka
bebas
menghadapi cermin bangsa
berdiri didepan kacanya
menerima senyum atau derita
wajah di dalamnya.

bebas duduk di pondok
di tepi sawah
atau bukit yang memanjat ke langit
bebas tumbuh bersama padi, jagung,
ubi dan kambing.

bebas itu merdeka
bebas dari dihina perbezaan,
bebas dari lidah dan tangan
kezaliman
kerana kita berdiri di tanah leluhur
dan sejarahnya.

muhammad haji salleh
1-4 ogos 2005

2 comments:

Rusminah said...

Tak sangka U ni penyajak orang nye..I ni tak faham sangat baca sajak tu...BM dapat C5 aje..Java faham lah sikit..he..he..he.
Sambutan di M'sia memang grand habis..tapi di cemari oleh bendera umno..macamlah dia sorang aje yg perjuangkan kemerdekaan dulu!!!Tok Guru2 dan anak murid sekolah pondok seperti mat kilau dll pun ade sumbangan nye!!!Naik meluat ade...iklan murah kempen piliharaya gamaknye..

zidnee 'ilman said...

I think untuk sajak kita perlu mempunyai lebih perasaan dari kefahaman... & lain org ada lain rasa..kan? Sooo.. different from us engineers, right? Terlalu biasa dengan Ones & Zeros! ...:)